ADVERTISEMENTspot_img

Perbadanan Labuan terima tiga unit Lori Kompaktor baharu.

Mohd Sukuran (empat dari kanan) menerima secara simbolik tiga unit lori kompaktor dari syarikat A- Plus Manufacturing Sdn Bhd.

LABUAN: Perbadanan Labuan telah menerima tiga unit lori kompaktor bernilai RM 2 juta bagi mengantikan beberapa lori lama yang berusia lebih 10 tahun.

Majlis penyerahan lori kompaktor yang berkapasiti 15 meter padu itu telah diadakan di Pintu Masuk Utama Borneo Flora Festival, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada pSelasa.

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib bagi menerima lori berkenaan bagi pihak Perbadanan Labuan daripada pembekal Syarikat A- Plus Manufacturing Sdn. Bhd.

Mohd Sukuran dalam satu kenyataan berkata, penerimaan tiga unit lori kompaktor baharu ini berupaya meningkatkan kecekapan kutipan sampah domestik lebih 100 tan sehari dan jumlah itu akan meningkat terutamanya pada musim perayaan.

“Dengan adanya tambahan tiga unit lori kompaktor yang baharu ini ia juga dapat menyokong operasi 14 lori sedia ada yang sebahagian besarnya telah berusia lebih 10 tahun”, katanya.

Sebelum ini Perbadan Labuan telah menerima dua unit lori kompaktor yang sama pada April 2025

Jelas Mohd Sukuran,
penyerahan tiga unit lori berkenaan sejajar dengan aspirasi CHASE City dan tagline 5S Khas yang diperkenalkan untuk menekankan elemen kebersihan dan keindahan, sekali gus menyokong imej Labuan sebagai sebuah pulau yang bersih, indah dan menarik untuk dikunjungi.

” Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh lagi usaha Perbadanan Labuan dalam memastikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal berjalan lancar dan berkesan”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN