ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan keluarkan 112 saman sempena Op Selamat Aidilfitri 2025

Supt. Mohd. Hamizi Halim

LABUAN: Polis di sini mengeluarkan 112 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang enam hari Ops Selamat Aidilfitri 2025 yang dilaksanakan pada 9 Mac hhingga 3 April lalu.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Mohd Hamizi Halim berkata, jumlah menunjukkan peningkatan sebanyak 65 saman berbanding tahun lalu bagi tempoh sama.

Selain itu, sebanyak tiga kes kemalangan telah direkodkan bagi tempoh yang sama.

“Bagaimanapun kes kemalangan tahun ini tahun ini merekodkan penurunan sebanyak lapan kes tahun lalu bagi tempoh yang sama” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Mohd Hamizi berkata, lapan kes kemalangan yang direkodkan hanya membabitkan kerosakan kecil melibatkan lima buah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Tiada kemalangan maut direkodkan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN