Sahari (duduk sebelah kiri), Ustaz Omar bersama ahli ahli Wanita USIA yang menyertai majlis Khatam Al-Quran.
LABUAN: Wanita USIA Bahagian Labuan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan Al Mubarak.
Majlis yang diadakan di Dewan DSP Hj.Muhammad Bledran Bangunan USIA Labuan baru baru ini telah disertai seramai 30 wanita yang terdiri daripada ahli Wanita USIA Bahagian dan Cawangan diketuai oleh Ketua Wanita USIA Bahagian Labuan, Dg Sharifah Hj Mahmod.
Hadir sama Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuan, Sahari Amdan dan Imam Masjid IOFC Kerupang, Omar Abas.
Terdahulu Sahari berkata majlis yang dianjurkan oleh Wanita USIA itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta kefahaman tentang kemulian bulan Ramadan dan kesucian Al-Quran.
“Selain itu majlis itu dapat menyuburkan semangat kerjasama dan kesefaman khususnya dikalangan Ahli ahli Wanita USIA Bahagian dengan Ahli ahli Wanita USIA di peringkat akar umbi” katanya.
Dalam waktu yang sama, Sahari turut mengucapkan tahniah kepada Wanita USIA Bahagian Labuan yang menganjurkan majlis tersebut dengan jayanya.



