ADVERTISEMENTspot_img

100 asnaf dari 17 keluarga terima bantuan pakaian raya MAIWP

Salah satu keluarga asnaf yang menerima bantuan menerusi Program Rahmah MADANI Ramadan MAIWP bersama Md. Fadzli (kiri sekali).

LABUAN:Seramai 100 asnaf daripada 17 keluarga menerima bantuan kelengkapan pakaian raya menerusi program Rahmah MADANI Ramadan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan.

Mereka telah diberikan bantuan bernilai 300 seorang untuk memilih kelengkapan pakaian raya yang diadakan di salah sebuah pasar raya di sini, baru baru ini.

Pengurus MAIWP Labuan, Md. Fadzli Md. Saad berkata, bantuan itu diharap memberi sedikit keceriaan kepada golongan asnaf dalam menyambut Syawal.

“Kami berharap ia dapat memberi kegembiraan kepada mereka, lebih-lebih lagi dengan sokongan daripada para pembayar zakat yang telah membantu menceriakan asnaf di Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya ketika ditemui dalam Program Rahmah MADANI Ramadan MAIWP semalam.

Katanya, MAIWP Labuan memperuntukkan sebanyak RM30,000 bagi memastikan golongan asnaf dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih ceria.

Sementara itu salah seorang keluarga asnaf meluahkan rasa syukur atas bantuan yang diterima.

“Terima kasih kepada MAIWP dan pembayar zakat kerana memberikan kebahagiaan kepada kami Sekeluarga tahun ini”, katanya.

Turut hadir menyantuni keluarga asnaf ialah Timbalan Pengurus Operasi MAIWP Labuan, Ustaz Mohd Radzaleih Matusin dan Timbalan Pengurus Pengurusan MAIWP Labuan, Mohamad Ruzaimi Ibrahim.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN