ADVERTISEMENTspot_img

Barangan keperluan asas mencukupi di Labuan-Junaidah

Penguatkuasa KPDN ketika membuat pemeriksaan dan pemantauan barang keperluan asas di salah sebuah pasaraya di Labuan baru baru ini.

LABUAN : Bekalan barangan keperluan asas di Labuan dijamin mencukupi sepanjang bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri.

Demikian diberitahu oleh Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Junaidah Arbain dalam satu kenyataan media disini.

Beliau berkata, bekalan seperti gula, tepung gandum dan minyak masak paket kekal mencukupi.

Setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pemborong atau peruncit berkaitan ketiadaan bekalan barangan asas pengguna.

“Berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan terhadap bekalan barangan tersebut masih mencukupi bagi keperluan penduduk.

“Pihak kami juga akan terus melakukan pemantauan rantaian bekalan bagi memastikan barangan asas kekal tersedia sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri”, katanya.

Junaidah turut memaklumkan tiga pemborong utama gula di pulau ini telah membekalkan lebih 100,000 kg gula kepada pengguna.

“Sementara itu penghantaran baru sebanyak 95,040 kg gula dijangka akan diterima sebelum Aidilfitri”,katanya.

Menyentuh mengenai Program Jualan Rahmah MADANI, beliau berkata sebanyak 22 kali telah dilaksanakan untuk tempoh Januari hingga awal Mac tahun ini.

“Manakala sepanjang bulan Ramadan ini KPDN Labuan telah merancang tidak kurang tujuh PJRM akan dilaksanakan termasuk PJRM Mega Raya yang membabitkan empat pasaraya untuk memberi peluang kepada masyarakat Labuan mendapatkan keperluan asas serta barangan terpilih bagi persediaan Hari Raya Aidilfitri”, katanya

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN