Awang Alik dan delegasi bergambar kenangan bersama pegawai dan anggota Maritim Malaysia Zon Labuan
LABUAN:Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman bersama Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Datuk Zul Hadi Ahmad mengadakan lawatan kerja ke Zon Maritim Labuan, pada Ahad.
Beliau yang diringi oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah melakukan tinjuan mengenai pengoperasian dan tadbir urus operasi Maritim Zon Labuan.
Menurut kenyataan Maritim Zon Labuan, sempena lawatan itu telah diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan Maritim Zon Labuan.
Antara isu yang dibincangkan ialah cadangan pembinaan Kompleks Bersepadu Kementerian Dalam Negeri bagi zon Maritim Labuan.

Meninjau aset aset Maritim yang terdapat di jeti Maritim Malaysia Zon Labuan
Turut dibincang dalam sesi lawatan itu mengenai keselamatan Maritim, pengurusan sumber laut serta usaha berterusan dalam memerangi jenayah terutama aktiviti penyeludupan dan pencerubohan di sempadan negara.
Sementara itu, Datuk Haji Mohd Rosli turut mencadangkan untuk mewujudkan pos kawalan Maritim Daerah Lawas sebagai usaha melancarkan pengoperasian Maritim Malaysia bagi mengelak sebarang kesulitan sekiranya berlaku tangkapan dan rampasan di perairan Lawas.
Datuk Awang Alik turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh Pegawai dan anggota Maritim Malaysia atas kerjasama dan perkhidmatan yang diberikan selama ini.
Delegasi tersebut turut di bawa melawat jeti Maritim Zon Labuan bagi meninjau aset aset Maritim Malaysia yang terdapat di jeti berkenaan.
Turut sama dalam lawatan itu, Pengarah Maritim Sabah, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Che Engku Suhaili Che Engku Daik dan Pengarah Maritim Zon Labuan, Kapten Izwanhadi Haji Idros



