ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki ditangkap miliki air ketum, Mesyuarat Karnival Pencegahan Jenayah peringkat Kontinjen Sabah

Bahan-bahan yang dirampas termasuk air ketum dan peralatan memasak


RANAU: Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ranau telah menahan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun yang bekerja sebagai pekebun di sebuah rumah di daerah ini.


Pihak polis telah membuat pemeriksaan selanjutnya di bahagian dapur rumah tesebut dan berjaya menemui sebuah periuk besi yang digunakan untuk menyimpan lapan botol bersaiz 1.5 L yang mengandungi cecair hijau disyaki air ketum termasuk sebuah dapur memasak dan sebuah tong gas digunakan untuk memasak air ketum.


Suspek telah dibawa ke IPD Ranau untuk tindakan selanjutnya. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen Akta Racun 30(3) 1952/2002.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat kepada pihak PDRM di Pondok Polis dan Balai Polis yang berdekatan atau menghubungi terus IPD Ranau di talian 088-875222.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Kontinjen Sabah, SAC Datuk Mohd Azhar bin Hamin, telah mempengerusikan Mesyuarat Karnival Pencegahan Jenayah peringkat Kontinjen Sabah bertempat di Bilik Mesyuarat IPD Ranau pada hari Khamis.

Mohd Azhar (tengah) dan lain-lain semasa mesyuarat tersebut


Beliau yang juga bertindak selaku Penasihat program ini berkata, antara agenda mesyuarat ini adalah untuk penyelarasan dan perlaksanaan program serta menyampaikan taklimat berkaitan intipati program Karnival tersebut.


Program tersebut adalah anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta swasta di negeri Sabah.


Program ini bakal diadakan pada 29 sehingga 30 November 2024 di Padang SK Kaingaran, Ulu Sugut Kundasang, Ranau.


Program ini akan disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh bin Dikun, danntara jemputan yang akan hadir pada program ini nanti ialah para pemimpin dan wakil rakyat kawasan daerah Ranau.


Mohd Azhar menzahirkan penghargaan di atas kerjasama dan kehadiran Ketua-ketua Jabatan Daerah Ranau, Pemaju Mukim Kaingaran, Ketua-ketua kampung, Pengerusi JKKK, Pengerusi Persatuan rumah tradisi Sungai, Tinagas, dan Talantang Mukim Kaingaran.


Beliau turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk hadir beramai-ramai ke tapak karnival ini nanti bagi memeriahkan lagi program di mana pelbagai acara dan aktiviti yang menarik akan diadakan seperti cabutan tiket bertuah, pameran dan pelbagai persembahan demo menarik dari pelbagai agensi kerajaaan dan swasta.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN