ADVERTISEMENTspot_img

Pencapaian mantap GRS berkat sokongan padu rakyat: Abidin

Abidin (tengah) dan lain-lain menunjukkan tanda bagus untuk perkembangan yang berlaku di sini dalam majlis itu


RANAU: Pencapaian Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mantap dari segi ekonomi, pembangunan, sosial dan keperluan rakyat akan terus meningkat jika mendapat sokongan padu daripada rakyat.


Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, banyak kelimpahan yang telah dikecapi oleh negeri ini semasa pemerintahan GRS.


Antara pencapaian yang boleh dibanggakan, katanya, ialah hasil negeri mencatat rekod tertinggi dalam sejarah dengan peningkatan tiga tahun berturut turut.


“Selain itu, katanya, era GRS juga memperlihatkan peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) empat tahun berturut turut sejak 2021.


“Semsa GRS memerintah, kita juga melihat pengwujudan inisiatif Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI) untuk memberi bantuan kepada anak-anak yang berjaya memasuki Institusi Latihan Kemahiran Awam (IPTA).


“Pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada keluarga miskin juga dilaksanakan dan jumlahnya juga akan dinaikkan daripada 20 unit ke 40 unit pada tahun hadapan,” katanya.


Justeru, katanya, rakyat perlu terus memberi sokongan padu kepada kerajaan GRS supaya rakyat terus menerima limpahan kesejahteraan hidup di masa akan datang.


Abidin yang juga Adun Paginatan berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Kesyukuran Pengiktirafan JKKK Kg. Rumantai yang diadakan di sini pada hari Selasa.


Beliau mengucapkan syabas kepada penduduk di sini kerana akhirnya penantian lebih 30 tahun untuk mendapat pengiktirafan JKKK akhirnya menjadi kenyataan, berkat usaha keras UPPM Paginatan, Hishamudin Harun.


Menurut beliau, satu lagi pencapaian yang perlu disyukuri adalah kejayaan mengekalkan PDM Miruru kekal di bawah DUN Paginatan, yang sebelumnya dipohon untuk dimasukkan ke Kawasan DUN Telupid.


“Dengan status Kg. Rumantai sudah diwarta sebagai Kampung, kita akan terus berusaha supaya Kg. Rumantai akan mendapat Ketua Kampungnya sendiri, dan bukan saja di Rumantai tetapi juga untuk semua sembilan kampung yang sudah diwartakan sebagai status kampung baru-baru ini.


“Saya menyeru kepada semua penduduk kampung Kg. Rumantai supaya memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Pengerusi JKKK dan juga Setiausaha JKKK yang baru supaya agenda kerajaan untuk membangun kampung berjalan dengan lancar.


“Selain itu, saya juga menyarankan supaya kerjasama yang sdah terjalin diantara JKKK Miruru dan JKKK Rumantai akan dapat diteruskan,” katanya.


Berkenaan dengan permohonan-permohonan yang dibuat penduduk di sini, beliau berkata pihaknya sentiasa mengambil berat tentang keperluan mendesak di Kawasan ini.


“Namun dengan jumlah kampung yang begitu banyak di DUN Paginatan, iaitu 92 kampung, kita akan cuba agih-agihkan peruntukan kerajaan supaya semua kampung akan dapat menikmati bantuan kerajaan, dan tidak ada yang tersisih,” ujar beliau.


Abidin turut akan berhubung dengan pihak berwajib untuk membuat pemeriksaan supaya tindakan sewajarnya akan dapat dibuat untuk mengelak tadahan air kampung tidak terkesan dengan pembinaan jalanraya Pan Borneo.


Sementara itu, Pengerusi JKKK Kg Rumantai Wilson Kulong mengucapkan rasa kesyukuran atas pengiktirafan Kuota JKKK Kg. Rumantai, yang dianggapnya sebagai detik bersejarah kerana penantian lebih 30 tahun oleh penduduk akhirnya menjadi kenyataan.


Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih atas usaha gigih Wakil Rakyat DUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir dan juga UPPM DUN Paginatan kerana berjaya merealisasikan impian penduduk Kg Rumantai.


Di sampingitu, beliau berterimakasih atas sumbangan YB Datuk kepada penduduk Kg. Rumantai seperti pembinaan bus stop, pembaikan jalan Kampung, pembinaan gelanggan bola tampar dan sepak takraw, pembinaan tandas dan banyak lagi.


Nama kampung ‘Rumantai’ membawa maksud ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’.
Sementara itu, Ketua Kampung Kg. Miruru, Petrus Damait mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kg Rumantai kerana mendapat pengiktirafan JKKK Kg Rumantai.


“Jika sekiranya ada masalah kampung seperti masalah tanah dan adat, boleh terus berhubung dengan saya, kerana setakat ini Kg. Rumantai masih dalam jagaan Ketua Kampung Miruru,” kata beliau.


Datuk Abidin Madingkir sempat menerima borang keahlian baru ke dalam Parti StarSabah daripada 50 pemohon yang terdiri daripada penduduk Kg. Rumantai.


“Sudah tentu dengan kemasukan ahli baru ini dapat memantapkan lagi kedudukan GRS di DUN Paginatan,” jelas beliau.


Turut hadir, PPM Hishamudin Harun, Juis Konsuling, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir, CDO Jipili Sigal, KAN Dualis Porodtong, KAN Sawalin Zakaria, KAN Kapilin Hj Surop, Pemaju-Pemaju Mukim, para pemimpin kampung sekitar dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN