Sebahagian perumahan dan jalan raya di Kg.Tungou dihias seri dengan kibaran jalur gemilang dan bendera negeri Sabah.
RANAU’: Anggota Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Platun 0010 Kg.Tungou di sini, menjadi penggerak utama program Kempen kibarkan Jalur Gemilang di kawasan strategik perkampungan sempena Bulan Kebangsaan tahun ini
Jurucakap Rela Platun 0010 Kg.Tungou, Masnah Binti Masnin memberitahu mengibar jalur gemilang dan bendera negeri Sabah adalah penting sebagai tanda sokongan terhadap saranan dan seruan kerajaan dalam menjayakan sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun.
Masnah yang juga Timbalan Ketua Platun Rela 0010 Kg.Tungou berkata, lapisan rakyat negara ini patut bersyukur dan mengenang jasa serta pengorbanan para pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara daripada belengu penjajah.
“Generasi muda hari ini patut bersyukur dengan pengorbanan para pemimpin terdahulu kerana memperjuangkan kemeredekaan daripada genggaman kuasa asing”, jelas Masnah.
Tinjauan penulis ke Kg.Tungou pagi tadi mendapati lebih 40 jalur gemilang dan bendera negeri Sabah dipasang kiri dan kanan sepanjang jalan kawasan kampung hasil muafakat dan kerjasama para ahli Rela 0010.
Masnah mengajak penduduk agar memberi kerjasama untuk mengibar jalur gemilang di hadapan rumah kediaman masing-masing sebagai bukti sokongan terhadap saranan kerajaan untuk
menjayakan sambutan bulan Kemerdekaan tahun ini yang bertemakan ‘Malaysia Madani Jiwa Merdeka’.



