ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki ditahan bersama dadah seberat 153.09 gram

Suspek ( ketiga kanan) ditahan polis pada 11 Jun lalu bersama dadah jenis ekstasi

PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama dadah jenis ekstasi seberat 153.09 gram di sebuah kondominium, Jalan Bundusan, di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, suspek berumur 35 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, kira-kira jam 3.30 petang 11 Jun lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap suspek, polis merampas tiga bungkusan plastik disyaki mengandungi dadah jenis ekstasi seberat 153.09 gram, bernilai RM3,000 yang ditemukan dalam simpanan suspek.

Superintendan Sammy Newton turut mengingatkan kepada masyarakat supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek turut positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine selepas ujian saringan awal air kencing dibuat.

“Suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori, katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Menurut Sammy, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN