ADVERTISEMENTspot_img

RELA Platun 0010 Kg.Tungou, terus aktif

Antara anggota Rela 0010 Kg.Tungou Ranau yang aktif menjalankan tugas.

RANAU: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)Platun 0010 Kg.Tungou di sini, aktif menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan termasuk ‘Rondaan Kawasan Perkampungan’ dan tugasan berkaitan bagi mempastikan keselamatan komuniti setempat terjamin dari masa ke semasa.

Ketua Platun Rela 0010, Kpl.Syamsul Marata ketika ditemui memberitahu, setiap arahan yang diterima dari majikan mereka hendaklah dijalankan sebaik mungkin demi kepentingan  komuniti dan masyarakat setempat.

“Tugas seorang anggota Rela memang mencabar namun perlu hadapi dan dijalankan dengan penuh ikhlas, jujur,  tanggungjawab, serta bersungguh-sungguh demi kepentingan komuniti setempat, jelas Syamsul.

Menurutnya, pasukan Rela Kg.Tungou yang ditubuhkan sejak tahun 2010 kini mempunyai 60 ahli berdaftar dan 15 orang adalah yang aktif.

“Kita mengharapkan jumlah anggota Rela di kampung ini akan betambah ramai pada masa akan datang”, jelas Marata sambil mengajak para belia-beliawanis agar mengangotai pasukan Rela demi masyarakat, bangsa dan negara.

Menurut Syamsul lagi, fungsi dan tugas sebagai anggota Rela adalah melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguat- kuasa selain menjalankan aktiviti kemesyarakatan dan sosio ekonomi setempat.

“Sebagai anggota pasukan Rela juga katanya, perlu memikul tanggungjawab sebagai duta kecil dalam penyebaran dan pelaksanaan dasar kerajaan.

“Ia juga membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian”,tambah Syamsul mengakhiri perbualan dengan pengamal Media di Ranau.       

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN