ADVERTISEMENTspot_img

Jabatan Wilayah Persekutuan  serah Bantuan Madani kepada 25 Badan Sukan di Labuan

WAKIL Badan Sukan yang menerima Bantuan MADANI bersama Datuk Parang Abai.

LABUAN:  Jabatan Wilayah Persekutuan  (JWP) menerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP)  menyerahkan Bantuan MADANI kepada 25 badan sukan Wilayah Persekutuan Labuan  membabitkan peruntukan keseluruhan RM70,000.00.

Majlis penyampaian bantuan itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah  (Pengurusan & Ekonomi)  JWP,  Datuk Parang Abai @ Thomas dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini, petang Sabtu.

Hadir sama, Ketua Pengawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail dan Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Nik Ahmad Zahiruddin Nik Salleh.

WAKIL Kelab Hoki Labuan menerima Bantuan MADANI daripada Datuk Parang.

Terdahulu Parang Abai dalam ucapannya berkata, bantuan tersebut adalah bertujuan untuk menampung kos pengurusan dan pentadbiran  badan sukan  yang bergiat aktif di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan.

“Bantuan yang disalurkan ini diharap akan dapat membantu  menampung pengurusan dan pentadbiran badan sukan di Wilayah Persekutuan bagi  memastikan pentadbiran badan sukan diurus dengan baik, kemas teratur dan sistematik” katanya.

Jelas beliau,  pada tahun ini JWP telah memperuntukan sebanyak RM356,000.00  untuk diberikan kepada 111 badan sukan terpilih di Kuala Lumpur dan Labuan.

Katanya, di peringkat Kuala Lumpur dan Putrajaya majlis penyerahan akan di adakan pada 7 Mac membabitkan 86 badan sukan dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM286,000.00.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN