Julianah (kiri) bersama rakannya.
RANAU: Jangan salahkan anak jika terkandas atau gagal dalam sesuatu peperiksaan awam sebaliknya, ibu bapa memberi kata-kata motivasi kepada anak mereka agar lebih berusaha pada masa akan datang, kata seorang ibu, Julianah Binti Kimbun dari Kg.Pasir Putih Ranau.
Menurut Julianah, kegagalan anak dalam peperiksaan adalah satu cabaran kepada ibubapa dan bukan masalah besar kepada anak terlibat, sebaliknya jadikan itu satu motivasi supaya lebih berusaha untuk mencapai kejayaan pada masa depan.
“Anak gagal dalam peperiksaan bukan gagal selamanya sebaliknya jadikan sebagai pendorong untuk berjaya pada masa akan datang”, jelas Julianah sebagai reaksi positifnya kepada para ibu bapa yang anaknya gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 yang diumumkan seluruh negara baru-baru ini.
Julianah yang kini mempunyai seorang cahaya mata, mengajak para ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah agar memberi perhatian terhadap pembelajaran anak-anak serta mengawasi setiap pergerakan anak mereka agar tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat seperti kes curi, merosakkan harta benda awam menghidu gam dan menagih najis dadah kerana ia bakal menghancurkan masa depan anak-anak terlibat.
“Sebagai ibu bapa punya tanggungjawab penting menentukan masa depan anak-anak dengan mengambil perhatian terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak.
“Elakkan sikap suka menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak itu kepada guru-guru di sekolah, sebaliknya kerjasama tiga pihak iaitu, Ibubapa, Komuniti dan Guru-Guru di sekolah yang hanya mempunyai masa yang terhad bersama anak-anak berbanding ibu bapa yang lebih banyak masa bersama anak mereka”, tambah Julianah.
            Â



