OLEH: SALWAH ARAMAT
Admin: Johnny Gampawi.
RANAU: Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) daerah ini,mengucapkan selamat bersara kepada Pembantu Tadbir Hospital daerah itu, Floris Totu yang memulakan tugasnya di Hospital Ranau sejak 2 Mei 2018 dan bersara wajib pada 9 Oktober 2019.
ALPH juga mengucapkan selamat datang kepada doktor yang baharu, Dr. Andi Md. Shamsureezal Bin Mohd. Sainal yang bertugas di Hospital Ranau menggantikan Dr. Clarence D. Sirisani
yang bertukar ke Hospital Tambunan.
Pengerusi ALPH, Benedict Gunda yang mengetuai serombongan Jawatankuasa ALPH Hospital Ranau juga mengalu-alukan kehadiran Dr. Andi sambil merakamkan penghargaan dan terima kasih atas khidmat Floris Totu selama bertugas di hospital Ranau.
“Kita mengucapkan selamat bersara kepada Floris, semoga sihat sepanjang hayat bersama keluarga selepas bersara dan selamat bertugas kepada Dr, Andi yang bakal menjalankan tugas serta
tanggungjawabnya sebagai Pengarah Hospital daerah Ranau”, jelas Benedict mewakili rombongan.
Floris Totu dalam ucapan ringkasnya berterima kasih kepada warga hospital Ranau kerana mengadakan majlis meraihkan persaraannya.
“Saya berterima kasih kerana pihak hospital mengadakan majlis seperti ini bagi meraihkan persaraan saya selain menyambut kehadiran Dr. Andi sebagai Pengarah Hospital Ranau yang baharu”, Jelas Floris.
Majlis berakhir dengan acara memotong kek persaraan dan penyampaian cenderamata kepada Floris.

Dr. Andi dan Floris memotong kek sempena majlis itu diperhatikan para ahli yang lain




