Antara Jawatankuasa sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau, merakam gambar bersama Jumain (duduk tengah).
RANAU: Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Ranau tahun ini akan adakan di Dewan Masyarakat Ranau pada 13 Mei bermula jam 8.30 pagi.
Pegawai Daerah Ranau, selaku Pengerusi Jawatankuasa penganjur, tuan Jumain Bin Abd.Ghani memberitahu, pelbagai acara bakal diadakan sebelum 13 Mei.
Menurut Jumain, antara pengisian termasuklah pertandingan lagu-lagu kategori kanak-kanak, remaja dan terbuka pada 12 Mei di Dewan Masyarakat.
Sementara perasmian pada 13 Mei akan diadakan pameran, Hasil Pertanian, Ternakan dan Perladangan selain Pertandingan Unduk Ngadau (UN) sebagai acara kemuncaknya bagi memilih peserta yang akan mewakili daerah Ranau ke pertandingan (UN) peringkat negeri.
“Bagaimanapun, Perasmi Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan bertemakan ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’ belum dimuktamadkan setakat ini kerana masih diperingkat pebincangan pihak Jawatankuasa.
“Keputusan siapa nama tetamu undangan untuk hadir merasmikan sambutan perayaan peringkat daerah Ranau tahun ini akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang”, jelas Jumain.



