Antara pelajar yang terlibat dengan Program Jelajah Khatan Perdana anjuran HUMS.
TAMBUNAN: Seramai 67 orang pelajar Sekolah Agama Islam Pekan di sini bersama pelajar Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan dan pelajar Islam sekitar pekan Tambunan menyertai Program Khatan Perdana anjuran Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) di Pusat RAY Tambunan baru-baru ini.
Program julungkali diadakan itu memberi ruang dan peluang kepada pelajar Islam yang belum berkhatan untuk menunaikan perkara wajib mereka dalam agama.
Program tersebut telah dijayakan bersama 32 orang petugas dari UMS diketuai Gilbert Gisat manakala perasmian program telah disempurnakan Pengetua Rumah Anak Yatin (RAY) Tambunan, Ust. Abd.Rauf Bin Abas.
Ust.Abd. Rauf dalam ucapannya memuji pihak HUMS kerana inisiafnya menganjurkan progam tersebut yang bertemakan ‘Prihatin Komuniti Sejahtera (PKS) yang memberi kemudahan kepada pelajar yang tidak berkemampuan seperti anak-anak di RAY Tambunan.
“Kita mengharapkan usaha seperti ini dapat diteruskan dengan melibatkan para pelajar sekolah di daerah lain”, jelas Abd.Rauf.
Tinjauan wakil Media Tambunan, Rubinah Binti Awang Paul mendapati program itu telah berjalan dengan lancar serta teratur seperti yang dirancang hasil kerjasama semua pihak termasuk para ibu bapa pelajar terlibat.
            Â



