ADVERTISEMENTspot_img

Gereja Katedral St. Francis Haxier Keningau diceroboh.

Patung yang telah dirosakkan

KENINGAU:Gereja Katedral St. Francis Haxier Keningau telah dimasuki seorang individu tidak dikenali lebih kurang jam 7.30 pagi tadi (Khamis).

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Nor Rafidah Binti Kasim berkata, berikutan kejadian itu satu laporan polis dibuat pada hari yang sama lebih kurang 10.00 pagi mengatakan kerosakan dua patung (Statue)kiri dan kanan serta salib besar dijatuhkan.

Katanya, siasatan awal mendapati gereja tersebut berada dalam kawasan berpagar tetapi pintu gereja dan pintu pagar berkunci.

Salib besar yang dijatuhkan.

“Pemeriksaan terhadap sistem CCTV gereja tersebut juga didapati tidak berfungsi (rosak)”katanya.

Siasatan lanjut katanya, telah membawa kepada penangkapan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun disyaki kurang siuman dan hasil ujian air kencing suspek negatif dadah.

Tangkapan dan barang-barang yang rosak telah dibawa ke IPD Keningau untuk siasatan lanjut pihak polis dan kes disiasat dibawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Sehubungan dengan kes ini DSP Nor Rafidah menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap gambar dan video di media sosial yang akan menganggu siasatan pihak polis.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN