GAMBAR : KENANGAN….Annie (berdiri lima dari kiri) bersama atlet Special Olympics Labuan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Brighton Management Limited di salah sebuah restoran di sini, pada Khamis.
LABUAN: Seramai 31 atlet Special Olympic Labuan termasuk lima daripadanya atlit Kerusi Roda diraikan dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Brighton Management Limited di salah sebuah restoran terkemuka di sini, pada Khamis.
Kehadiran mereka diiringi oleh 10 ahli sukarelawan yang mengawasi dan menjaga pergerakan atlet berkenaan yang juga merupakan golongam Orang Kurang Kelainan (OKU).
Turut memeriahkan sambutan Hari Rumah Terbuka Aidilfitri Brighton Group itu ialah ahli ahli korporat dari Pusat Kewangan dan Perniagaan Pesisir Pantai Labuan (IBFC) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) serta kakitangan Brighton Management Limited.
Terdahulu Pengarah Urusan Brighton Management Limited, Annie Undikai ketika berucap pada majlis itu menzahir rasa kegembiraan kerana pada tahun ini Brighton Group dapat meneruskan tradisi Rumah Terbuka Hari Raya selepas dua tahun berdepan dengan Pendamik COVID 19.
Pada majli itu beliau turut marakamkan tanda penghargaan kepada Labuan FSA dan IBFC kerana telah berupaya bangkit semula dan bertindak pantas dalam memastikan kesinambungan operasi perniagaan dan pasaran tidak terganggu akibat pendamik COVID 19.
“Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang amat medalam kepada pasukan saya yang menakjubkan kerana berjaya menghadapi banyak ketidakpastian dan bangkit semula untuk memastikan operasi perniagaan terus berkembang…. Kami bangga memiliki anda semua sebagai keluaga kami” katanya.
Selain itu beliau juga berkongsi maklumat mengenai kejayaan Brighton Management Limited yang telah mendapat penerafan LECA gred 1 oleh RAM Rating baru-baru ini.
“Penerafan tertinggi pada skala enam gred menunjukaan keupayaan dan kecekapan Brighton Management Limited dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan insurans berlesen di Labuan IBFC” katanya.



