ADVERTISEMENTspot_img

IFNS PELAWA PEMINAT DART SERTAI PERTANDINGAN DART TERBUKA KENINGAU 14 & 15 MEI INI

Ketua Pegawai Eksekutif Infinity Solutions, Dr Ganesh

KENINGAU: Infinity Solution (IFNS) dengan kerjasama House Bar Cafe Dart mempelawa para peminat dart khususnya di daerah ini untuk menyertai Pertandingan Dart Terbuka Peringkat Daerah Keningau pada 14 dan 15 Mei ini bertempat di Dewan Majlis Daerah Keningau.

Kejohanan tersebut menawarkan hadiah menarik kepada para pemenang seperti kategori Man Double ( Champion RM3000 ), Runner-up ( RM1500 ), Top 4 ( RM750 ), Top 8 ( RM300 ) dan Top 16 ( Medal ).

Bagi kategori Ladies Single ( Champion RM1500 ), Runner-Up ( RM750 ), Top 4 ( RM300 ), Top 8 ( RM150 ) dan Top 16 ( Medal ).

Second Chance menawarkan hadiah Man Double ( Champion RM1000 ), Runner Up ( RM500 ),Top 4 ( RM250 ) dan Top 8 ( RM125 ). Sementara Ladies Single ( Champion RM500 ), ( Runner Up RM250 ), ( Top 4 RM 125 ) dan ( Top 8 RM60 ).

Yuran penyertaan kategori Man Double ialah RM100 sementara Ladies Single RM50. Bagi yang berminat menyertai pertandingan ini boleh menghubungi Oy Jude (0143780249), Llyoid (01164645166) dan Ndrue (01126874171).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Infinity Solutions, Dr Ganesh Kumar A/L Kanniah, setakat ini penyertaan yang telah diterima oleh pihak urusetia mencecah seramai 240 orang peserta iaitu 96 orang bagi Man Double dan 48 Ladies Single.

Tujuan mengadakan pertandingan ialah bagi mencungkil bakat para peminat dart khususnya di daerah ini di samping dapat merapatkan hubungan silaturahim para peserta sempena pesta kaamatan tahun ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN