ADVERTISEMENTspot_img

Sebahagian pelajar sekolah sekitar daerah Ranau yang hadir menerima vaksin di PPV dewan masyarakat Ranau.

RANAU: Golongan remaja khususnya pelajar sekolah rendah dan menengah merupakan majoriti penduduk yang menerima Vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Ranau.

Pada Isnin, seramai 377 pelajar telah hadir menunaikan tanggungjawab mereka bagi menerima  suntikan vaksin dos kedua  dan yang lainnya dos pertama sebagai benteng diri sendiri, keluarga dan komuniti dari jangkitan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir menular seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ramai pelajar yang sempat ditemui membertahu,  mereka yang berumur 12-17 tahun adalah digalakkan menerima suntikan vaksin lengkap dua dos sebelum ke sekolah  bersemuka dengan guru-guru tidak lama lagi.

“Apa yang penting sekarang ialah menerima suntikan vaksin secara lengkap dua dos bagi memutuskan rantaian Covid-19”, jelas Nurul@ Kakak Binti Hamdun dari Kg.Paka  Dua pelajar Tingkatan 5, SMK. Mat Salleh Ranau.

Seorang lagi pelajar juga Tingkatan 5 dari SMK.Mat Salleh Ranau, Akdan Raid Bin Asmin turut mengakui kepentingan semua pelajar berumur 17 tahun menerima vaksin dua dos lengkap sebelum mereka ke sekolah secara bersemuka tidak lama lagi.

“Kita punyai tanggungjawab dan berperanan penting  menerima vaksin sebagai perisai diri daripada jangkitan Covid-19 yang memang sukar dilihat dengan mata kasar”, jelasnya.

Beliau mengajak rakannya yang lain agar sentiasa mematuhi SOP yang telah  ditetapkan termasuklah mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter antara individu, memakai pelitup separuh muka (facemask), sering basuh tangan dengan sabun pembunuh kuman (sanitizer) dan tidak mengunjungi kawasan sesak (ramai) orang.

” Ini semua harus kita patuhi sama ada berada  di kawasan awam atau sepanjang berada di sekolah”, tambah Akdan.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN