Oleh: Jainuddin Nasir
RANAU: Ketua Polis Daerah ini, DSP.Sammy Newton berkata,95 peratus penduduk terutama pengguna jalanraya di daerah ini dan Kundasang, mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)yang dikuat-kuasakan sejak 18 Mac berikutan penularan Covid-19.
Beliau berkata, seramai 2 orang di Ranau telah ditahan untuk membantu siasatan kenapa tidak mematuhi arahan PKP dan beliau mengharapkan 5 peratus lagi itu akan berkurangan dan mematuhi penguat-kuasaan PKP sehingga 14 April.
Menurutnya lagi, Ranau merupakan laluan utama (tengah-tengah Sabah) dan terdapat masih banyak kenderaan berada di atas jalanraya terutama kenderaan yang mengangkut ‘essential/service’s mereka berhenti membeli bekalan dan mengisi minyak untuk meneruskan perjalanan antara lokasi.
Pekan Ranau juga katanya,
satu-satunya pekan yang ada perkhidmatan bank selain Kundasang serta perkhidmatan-perkhidmatan lain keperluan Masyarakat.
“Berita yang tidak sahih juga telah mendorong masyarakat berasa gusar dan membuat pembelian panik.
“PDRM telah mengawal keadaan dengan menetapkan ‘One Way In & Out’ masuk pekan Ranau sebagai memudahkan pengawalan yang perlu”,katanya.
Dsp. Sammy menegaskan PDRM akur dengan tugas mereka menguat-kuasakan seperti yang diarah pihak kerajaan bagi mempastikan semua selamat daripada penularan Coronavirus (Covid-19). yang kini meragut ribuan nyawa diseluruh dunia.
Beliu menasihatkan penduduk supaya mematuhi arahan ‘Stay At Home’ (diam dalam rumah) bersama keluarga masing-masing sehingga tarikh yang ditetapkan.
Beliau menegaskan kalau keluarpun ke pekan atas urusan penting seperti urusan bank, membeli ubat, membeli keperluan harian atau menghantar orang sakit hendaklah seorang sahaja wakil keluarga berurusan dan wajib memakai alat penutup mulut dan hidung (mask).
“Kita harus mematuhi arahan dalam soal ini kerana mencegah dari awal lebih baik daripada mengubati jika sudah dijangkiti”,tambahnya. –TAMAT–