32 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

90 pemain golf tempatan sertai kejohanan Mini Golf Media Labuan 2025Oleh: Admin

Antara pemaian jemputan yang menyertai kejohanan tersebut.

LABUAN: Seramai 90 pemain golf tempatan menyertai kejohonan Mini Golf Media Labuan 2025 edisi ke 3, di padang Labuan International Golf Club (LIGC), pada Ahad.

Kejohanan anjuran Persatuan Penggiat Media Labuan dengan kerjasama LIGC itu menyediakan 5 kategori iaitu Jemputan, Medal A, Medal B, Medal C dan Medal D.

Sementara itu, Pengarah Urusan Syarikat TD Cargo, Yahya Bara yang mencatatkan 81 pukulan muncul juara kategori Jemputan, naib johan disandang Datuk Rozman Isli yang mencatatkan 83 pukulan dan tempat ketiga dimenangi oleh Komander Pangkalan Udara (TUDM) Brigedier General, Hamidi Hashim yang mencatatlan 86 pukulan. P

Bagi kategori Medal A, johan di menangi oleh Taufiq Ali,(70), naib johan dimenangi Datuk Gapilin Nasaruddin (70) dan ketiga jatuh kepada Idris Mohamad (73).

Bagi kategori Medal B, johan dimenangi oleh Nowfal Ahamed (67), naib johan Benedik Bakri (68) dan tempat ketiga Ismaily Ismail. (69).

Davy Ryan Paul (67), mucul johan kategori C, manakala Abzillah Sabli (69) dan M. Doneny Mustafa (70) masing masing ditempat kedua dan ketiga.

Johan kategori Jemputan, Yahya (tengah) menerima hadiah yang disampaikan oleh Datuk Gapilin.

Sementara iti, Mohammaf Loqman Hakim menjuarai kategori D dengan catatan 61 pukulan, naib johan dimenangi oleh Syamsuddin Jamal (63) dan ketiga dimenangi Jonita Liwin (69 pukulan).

Semua pemenang menerima hadiah wang tunai serta hadiah sampingan berupa Baucar bernilai RM100.

Dalam pada itu pihak penganjur juga turut menyediakan lebih 30 hadiah cabutan bertuah berupa barangan elektrik kepada pemain yang menyertai kejohanan itu.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin berkata, kejohanan yang diadakan setiap tahun itu bukan untuk mencari sang juara, sebaliknya bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara pemain golf tempatan khususnya mereka yang menjadi rakan strategik persatuan media di Labuan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat korporat dan ahli perniagaan yang memberikan sokongan padu serta menaja kejohanan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN