Salah seorang penghuni RAY Tambunan (kiri) menerima moreh disampaikan Nooraini.
TAMBUNAN: Kegembiraan jelas terpancar di wajah 89 orang Anak Yatim di Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan, apabila menerima sumbangan ‘Moreh’ daripada PUSPANITA Tambunan yang disampaikan wakilnya, Noorsini Binti Narawi di RAY itu baru-baru ini.
Nooraini ketika ditemui mengharapkan sumbangan Moreh itu dapat mengimarahkan suasana Ramadan meskipun mendepani pandemik Covid-19 yang kini belum berakhir menular seluruh dunia termasuk Malaysia.
GEMBIRA..Sebahagian penghuni RAY Tambunan merakam gambar selepas menerima Moreh daripada PUSPANITA Tambunan.
“Dalam mendepani situasi sekarang semua pihak harus mengamalkan ‘Norma Baharu’, dalam kehidupan untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang belum pasti bila akan berakhir”, jelas Nooraini.
Hadir sama pada majis itu ialah, Ketua Perhubungan Wanita UMNO Tambunan, Rubinah Binti Awang Paul.
              Â