25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

81 anak yatim Kompleks Darul Kifayah terima sumbangan duit raya FPL

CERIA… Anak-anak yatim bergambar kenangan bersama  Nazrul (dua kanan), Siti (kanan sekali), Johari (dua kiri) dan Ishamudin

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Seramai 81 anak-anak yatim  Kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan menerima duit raya dan biskut raya sumbangan daripada Financial Park Labuan (FPL).

Mereka yang terdiri 47 lelaki dan 34 perempuan  merupakan pelajar dan penghuni di kompleks  itu yang tidak dapat pulang ke destinasi masing-masing akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pendamik COVID 19 masih lagi melanda negara ketika ini.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Financial Park Labuan (FPL), Nazrul Mohd Noh yang diperkarangan bangunan Kompleks Darul Kifayah, MAIWP baru baru imi.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Financial Park Labuan, Johari Mesar, Pengurus Kanan Financial Park Labuan, Ishamudin Mansor dan Timbalan Pengetua Kompleks Darul Kifayah MAIWP, Siti Fatimah Morsidi.

SUMBANGAN….. Nazrul menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim sambil diperhatikan Siti dan Johari.

Nazrul ketika ditemui berkata, sumbangan  tersebut merupakan aktiviti tahunan FPL bagi membantu meraikan dan menceriajan  anak-anak yatim yang menghuni Kompleks Darul Kifayah  sempena  bulan Ramadandan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

“Semoga program  sumbangan  duit raya serta bungkusan biskut raya ini sedikit sebanyak  dapat menceriakan anak yatim yang menghuni di kompleks ini” katanya.

Sementara itu, Siti Fatimah yang mewakili Kompleks Darul Kifayah  berterima kasih  kepada FPL kerana  sudi meraikan anak-anak yatim Kompleks Darul Kifayah  untuk tahun kedua berturut turut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN