28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

80 peratus cuti raya Aidilfitri anggota bomba Labuan dibekukan

SIMBOLIK…. Bashir (lima kiri) bersama Ismaidi (dua kiri)  melepaskan kenderaan JBPM yang terlibat dalam  tondaan sempena Kempemm Op Raya

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Kira-kira 80 peratus cuti aidilfitri  anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan dibekukan bagi memberi tumpuan terhadap   keselamatan dan kesejahteraan warga Labuan khususnya dalam aspek keselamatan kebakaran termasuk dalam melaksanakan Op Raya  selama 14 hari  bermula  minggu ini.

Pengarahnya, Ismaidi Ismail berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan telah  membekukan cuti Aidilfitri 80 peratus  daripada 152 anggotanya  melibatkan empat balai bomba yang terdapat di pulau ini.

“Permohonan cuti telah dibekukan kerana kita ingin tumpukan kepada sambutan hari raya yang selamat,” katanya kepada pemberita pada Majlis   Pelancaran Kempen  Op Raya dan Kempen  Keselamatan Kebakaran sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri  di  Bataras Hypermarket, Batu Arang dekat sini, pada  Khamis.

Majlis pelancaran disempurnakan  oleh Ahli Dewan Negara  Senator Datuk Bashir Alias.

Bagaimanapun Ismaidi menjelaskan, anggota yang pasangannya tinggal di luar Labuan diberi kelonggaran  untuk bercuti tahun ini secara bergilir untuk menyambut hari raya bersama  keluarga.

Beliau berkata anggota dari empat balai bomba di sini bukan sahaja akan berisap siaga  di beberapa kawasan yang dikenalpasti sering berlaku kemalangan tetapi juga mereka akan  membuat rondaan dan memantau sebarang aktiviti  merbahaya seperti aktiviti mandi manda  ketika keadaan laut bergelora.

Dalam pada itu, Ismaidi turut mengingatkan kepada mereka yang sibuk menyiapkan biskut raya untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika menggunakan peralatan elektrik agar tidak melebihi kapasiti kuasa peralatan itu

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN