ADVERTISEMENTspot_img

8 pegawai Jabatan Kesihatan Awam Kelantan di mobilisasi ke Labuan

Dr Ismuni (tengah) bersama lapan pegawai kesihatan dari Helantan yang ditugaskan untuk membantu Jabatan Kesihatan Labuan membendung penularan wabak COVID 19.

LABUAN:  Seramai 8 pegawai dari Bahagian Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Kelantan dimobilisasi ke Wilayah Pertsekutuan Labuan bagi membantu  Jabatan Kesihatan Labuan membendung penularan COVID 19.

Mereka merupakan pegawai pelbagai kategori dari beberapa buah Pejabat Kesihatan  Daerah (PKD) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan dan akan berkhidmat selama sebulan di pulau ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Ismuni Bohari berkata  pasukan bantuan itu akan memulakan tugasan bermula hari ini.

“Mereka akan diberikan tugasan di beberapa bahagian antaranya di bahagian  pengesanan kontak, saringan kominiti di lapangan dan juga menjaga pusat kuarantin dan makmal” katanya  kepada media selepas memberikan taklimat kepada pasukan bantuan itu di Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Jalan Membedai di sini, pagi tadi.

Sementara itu katanya,  Labuan pada Isnin telah mencatatkan  34 kes baharu iaitu merupakan kes tertinggi  sejak bermulanya penularan wabak COVID 19 pada Januari lalu.

Daripada 34 kes yang dilaporkan itu sebanyak 30 kes  datangnya dari Kluster Saguking .

“Sehingga kini Kluster Saguking merekodkan sebanyak 39 kes yang masih aktif dan sedang dirawat di hospital.

Jelas beliau, susulan  pertambahan kes yang mendadak itu   Jabatan Kesihatan dengan kerjasama anggota Polis sedang giat mengesan individu yang berisiko dijangkiti serta  positif COVID 19 di kawasan terbabit.

“ Kedudukan yang begitu padat dan sesak di kawasan itu menyukarkan pihak kesihatan untuk membuat pemeriksaan dan  saringan. Kami menjangkakan   kes yang lebih  tinggi berikutan pola bercampur,  selain mempunyai kes positif COVID 19”, katanya.

Beliau berkata,  laluan keluar masuk di kawasan berkenaan telahpun ditutup  sejak kelmarin dan di kawal 24 jam  oleh anggota polis.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN