ADVERTISEMENTspot_img

8 kenderaan musnah dan seorang kanak-kanak cedera dalam kebakaran

API MARAK.. kebakaran rumah di Kg.Rapak, Ranau, pada Khamis.

RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun cedera manakala lapan buah kenderaan turut musnah dalam satu insiden kebakaran rumah yang berlaku dekat sini pada pagi hari Khamis.


Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Kg Rapak Ranau pada kira-kira jam 10.50 pagi.


“Panggilan diterima melalui Talian MERS999 pada jam 11.01 petang lalu sekumpulan anggota Bomba seramai lapan orang diketuai oleh saya sendiri bersama Komander Operasi, PBK II Mastin Bin Suli bergegas ke lokasi.


“Setiba ditempat kejadian yang terletak 3 kilometer dari balai itu, kita mendapati berlaku satu kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal berkeluasan 40×40 kaki terbakar 100%.


“Kebakaran juga turut melibatkan beberapa buah kenderaan iaitu 4 buah kenderaan dan 4 buah motorsikal,” katanya.


Dilaporkan terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital menaiki ambulans KKM bagi menerima rawatan lanjut.


Menurut Ridwan, pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 200 kaki 2 pancutan sumber air dari jentera dan pili Bomba, dan operasi terkawal pada jam 11.30pagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN