SERAH BORANG…Kolorence(kanan) mewakili 5 yang lain menyerahkan borang menyertai PKR kepada Christina diperhatikan para tetamu yang lain.
RANAU: Jumlah keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) P.179 Ranau, kini mencecah 10,000 ahli berdaftar belum termasuk enam orang yang diketuai, Kolorence Konie, dari Kg.Lohan yang menyerahkan borang permohonan menganggotai parti itu kepada Pengerusi PKR Sabah, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew.
Jumlah itu diumukan Ketua Cabang PKR P.179 Ranau, Peter Sumping, sempena majlis Perasmian Pejabat Baru PKR di pekan Ranau dan perasmian Jawatankuasa Cabang PKR Ranau yang disempurnakan Datuk Christina,
di Dewan Lohan Rest House di sini baru-baru ini.
Menurut Peter, kedudukan PKR P.179 Ranau, tidak tergugat dan masih mantap meskipun mantan Ketua Cabang yang terdahulu, Jonathan Yasin, meninggalkan parti awal tahun ini.
“Kita harap para ahli parti akan tetap setia bersama di bawah kerajaan Negeri yang dibarisi beberapa parti yang lain mentadbir Negeri Sabah”, jelas Peter.
Datuk Christina Salam ucapannya, memuji komitmen para ahli PKR kerana masih setia dan kepimpinannya mewujudkan pejabat baharu parti itu di sini.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, mengharapkan para ahli agar lebih bersedia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk menyokong Kepimpinan kerajaan Negeri khususnya PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa.
Antara yang hadir pada majlis itu ialah, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, Kenny Chua, Ketua Parti Warisan Sabah (Warisan) P.179 Ranau, yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.29 kundasang, Siriman MF Basir, Ketua Daerah Ranau, Attin Naisin, para Ketua Cabang dan ahli cabang PKR Parlimen Ranau.