30 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

700 pesilat sertai Kejohanan  Silat Olahraga dan Seni Jemputan Borneo 2024

AZMAN menyampaikan cenderahati kepada ketua kontijen pasukan silat yang menyertai kejohanan tersebut.

LABUAN:Seramai 700 pesilat menyertai Kejohanan Silat Olahraga dan Seni Jemputan Borneo 2024 anjuran Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Wilayah Persekutuan Labuan.

Kejohanan tiga hari  yang bermula pada Sabtu di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan itu melibatkan penyertaan pelbagai peringkat umur  dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Labuan.

Yang DiPertua PESAKA Labuan, Mohamad Khairul Abd. Ghani berkata, kejohanan yang  julung kalinya diadakan itu turut mendapat sokongan dan dokongan dari Perbadanan Labuan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Jabatan Belia dan Sukan Labuan.

“Kejohanan tiga hari itu  membawa impak yang besar bukan saja berjaya  menonjolkan kekayaan  warisan budaya persilatan tetapi juga  dapat memupuk pemahaman tentang seni mempertahankan diri peserta.

SEBAHAGIAN peserta Silat yang menyertai kejohanan tersebut.

“ Selain itu penganjurannya juga turut dirasai impaknya kepada  peniaga peniaga kecil tempatan seperti pengusaha inap desa dan gerai gerai makanan untuk menjana pendapatan” katanya kepada pemberita.

Mohamad Khairul berkata PESAKA Labuan akan menjadikan kejohanan ini sebagai acarara tahunan dan dalam waktu yang sama berharap pihak Perbadanan Labuan dapat memasukan kejohanan ini ke dalam kalendar pelancongan sebagai salah satu lagi acara yang mampu membawa kemasukan pelancong ke pulau ini” katanya kepada pemberita.

Majlis perasmian Kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga Yang Di Pertua PESAKA Kuala Lumpur,  Datuk Azman Abidin, pada Sabtu

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mahanun Fauzi dan Penolong Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Zulhelmi Amran.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN