IFTAR…. Bashir (duduk tiga dari kiri) bersama barisan kepimpinan UMNO Bahagian pada majlis Iftar
Oleh: Jainudin Djimin
LABUAN: Kira-kira 70 Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Labuan menghadiri Majlis Iftar Ramadan yang diadakan di Desa Tunas Hijau Sungai Miri dekat sini, pada Sabtu.
Selain Ahli Jawatankuasa Bahagian, turut hadir pada majlis itu ialah Ketua-Ketua Cawangan UMNO termasuk pengurusan parti sayap-sayap UMNO Bahagian.
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias, Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Khalid Ghani, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hajah Niswati Tarji, Ketua Pemuda Umno Bahagian, Musa Basman, dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Jura Adhiyah Harun.

MEDIA…. Bashir (duduk tiga dari kanan) bersama pengamal media dan AJK Bahagian yang hadir pada majlis Iftar
Turut menerima undangan ialah pangamal media Labuan yang terdiri daripada ahli ahli Persatuan Penggiat Media Labuan.
Bashir yang juga Ahli Dewan Negara ketika ditemui berkata, majlis yang diadakan di penghujung bulan Ramadan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli serta mengambil keberkatan sempena bulan Ramadan Al Mubarak.
“Walaupun tujuan asal kita untuk menyatukan dan merapatkan hubungan silataruhim dikalangan AJK, namun majlis yang telah disusun atur terus patuh kepada Prosedur Operasi Standart (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan” katanya.