Tun Musa (tengah) diiringi Wan Ahmad (dua dari kanan) dan Abu Bakar (dua dari kiri) sejurus tiba pada Majlis Makan Malam bersempena Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2026 di The Magellan Sutera Resort.
KOTA KINABALU : Seramai 600 peguam dari Sabah dan Sarawak menghadiri Majlis Makan Malam bersempena Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2026 di sini, Jumaat lalu.
Majlis makan malam itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman selaku Tetamu Kehormat, diiringi Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang juga Menteri Kewangan.
Turut hadir, Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais (dua dari kiri) dan Presiden Sabah Law Society (SLS), Mohamed Nazim Maduarin./Penerangan–



