27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

5PMCNS DCM UCAP TAHNIAH KEPADA ARIFIN ATAS KEMENANGAN DAN LANTIKAN MENTERI KTP

Mohd Arifin (duduk enam dari kiri) bersama kepimpinan dan ahli-ahli 5PMCNS DC Membakut di Majlis Jalinan Kasih bulan lalu di salah sebuah hotel di Beaufort. Pengerusi Pengelola Encik Zaabar Ag Damit (duduk empat dari kanan).

MEMBAKUT: Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Sabah, Daerah Cawangan Membakut (5PMCNS DCM) menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Penaung persatuan itu, Datuk Dr Haji Mogd Arifin Datuk Haji Arif atas kemenangan dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri ke-17 bagi DUN Membakut pada 29 November 2025 yang lalu.
 
Persatuan itu juga turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah keapda Mohd Arifin yang dilantik menteri kanan dengan memegang porfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah baru-baru ini.
 
Pengerusi Pelaksana Majlis Jalinan Kasih,Encik Zaabar Awang Damit yang mewakili persatuan itu berkata Mohd Arifin adalah seorang pemimpin yang berperwatakan baik,berkrisme dan mudah mesra dengan rakyat termasuk ahli-ahli persatuan itu.
 
“Sifat inilah membuatkan beliau diterima dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat,”kata Zaabar.

Mohd Arifin… kini memegang porfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dalam pembentukan Menteri Kabinet Sabah baru-baru ini.


 
Beliau berkata persatuan berkayakinan sumbangan dan kerjasama akan berterusan selepas ini, demi kesejahateraan pesara-pesara di Daerah Membakut.
 
5PMCNS DC Membakut juga ingin mengucapkan terima kasih atas nasihat, sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan kepada persatuan selama ini.
 
Persatuan juga akan terus memberikan kerjasama kepada beliau terutama sekali aktiviti yang berkaitan dalam  memajukan bidang pendidikan di daerah ini sesuai dengan slogan yang beliau  ilhamkan Membangunan Dengan Ilmu

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN