33 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

56 pelajar yatim piatu akibat COVID 19 terima sumbangan

SIMBOLIK…. Shahidan menyerahkam replika cek kepada Yusop mewakili 56 pelajar anak yatim sambil diperhatikan Jalaludin (dua kanan) dan Dr Fary (kanan sekali)

LABUAN: Seramai 56 pelajar  daripada 36 buah keluarga yang kehilangan ibu bapa akibat COVID 19 menerima bantuan bernilai RM1,000 setiap seorang sumbangan daripada Kelab Agama Kementerian Wilayah Persekutuan, pihak swasta dan badan korporat.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kasim sempena program Turun Padang (Tupa) pertama    beliau ke Wilayah Persekutuan Labuan selepas dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu.

Beliau juga turut menyampaikan sumbangan yang sama kepada 31  anak austime yang  di Pusat Austime Jalan Tanjung Batu, dekat sini pada Sabtu.

Shahidan ketika ditemui media berkata, kesemua  wang sumbangan itu akan disalurkan terus ke akaun pelajar masing-masing.

SERAH… Shahidan  (tengah) menyerahkan replika cek bernilai RM31,000 kepada Pengetua Pusat Austime Labuan, Shaffry Mohd Sharif  bagi pihak anak anak istimew austime.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penyumbang kerana sama sama membantu meringankan beban golongan anak anak yatim yang kehilangan ibubapa akibat COVID 19 dan juga anak anak istimewa austime”  katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri  Jalaludin Alias, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yusop Muhamad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN