Deckson (duduk ketiga dari kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama para pelajar yang menerima sumbangan.
NABAWAN: Seramai 55 pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian di pelbgagai IPTA/IPTS menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson dalam satu majlis ringkas di pejabat ADUN Nabawan pada Rabu.
Deckson semasa menyampaikan amamat mewakili Ghani berharap kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di mana-mana IPTA di negara ini supaya belajar bersungguh-sungguh di kampus masing-masing nanti.
“Harungilah cabaran yang bakal dihadapi dan berpeganglah dengan pegangan agama masing-masing disamping menyematkan pesanan ibu bapa masing-masing dalam hati” katanya.
Menurut Deckson, kejayaan para pelajar nanti bukan sahaja menjadi kebanggaan ibu bapa tetapi juga masyarakat keseluruhannya di daerah ini.
Turut menyampaikan amanat dan motivasi kepada pelajar, Penolong Pegawai Pendidikan Sektor Pembelajaran Pejabat Pelajaran Pensiangan Hamzah Junaidi.



