OLEH: JAINUDDIN NASIR
RANAU: Seramai 540 orang penduduk dari kawasan Parlimen di sini, iaitu 8 buah kampung terletak Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan, 7 buah kampung dari DUN Kundasang dan sebuah lagi kampung di DUN Karanaan menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.
Lapan buah kampung di DUN Paginatan adalah Kg.Bahab (35 orang), Kg. Kinaratuan (35 orang), Kg.Silou (28 orang), Kg.Silad (42 orang), Kg.Miruru (93 orang), Kg.Mentapok (25 orang), Kg.Rumantai (27 orang) dan Kg.Lasing 13 orang, manakala di DUN Kundasang pula ialah Kg.Sinurai(43 orang), Kg.Betung (47 orang), Kg.Tambaliwan (22 orang), Kg.Tinongian/Linsiu (42 orang), Kg.Mangkapoh 1(54 orang), Kg.Man gkapoh II(22 orang) dan Kg.Kepuakan 22 orang, manakala sebuah kampung di DUN Karanaan ialah Kg.Himbaan (40 orang).
Jonathan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), ketika dihubungi memberitahu, sumbangan berupa keperluan dapur itu adalah antara bantuan dari kerajaan bagi meringankan beban rakyat khususnya golongan sasar yang terjejas pendapatan serta sumber makanan akibat terpaksa patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)sejak 18 Mac dan dijangka berakhir 14 April ini berikutan penularan Covid-19 yang turut membimbangkan masyarakat antarabngsa.
Beliau menasihatkan rakyat supaya mematuhi arahan kerajaan ‘Stay At Home’ (diam di rumah) bersama keluarga bagi mengelakan daripada jangkitan Coronavirus.
“Diam di rumah bersama keluarga tersayang, adalah yang terbaik jangan keluar rumah sesuka hati, tanpa urusan yang penting.
“Pakai mask(penutup hidung dan mulut kerap membasuh tangan serta jarakkan 1 meter antara individu bagi menjauhi daripada jangkitan virus Corona”,jelasJonathan. – TAMAT–