TERIMA KASIH….Salah seorang wakil KIR merima sumbangan berupa sayuran segar disampaikan YB.Jonathan (depan empat dari kanan) diperhatikan yang lain.
RANAU: Seramai 510 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ulu Sugut Malinsau mendapat agihan sebanyak 1,200 kilogram sayuran segar sumbangan Persatuan Pengusaha Sayuran Tanah Tinggi Kundasang.
Pengagihan sumbangan tersebut telah disampaikan Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia, yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau,.Jonathan Yasin.
Wakil penerima daripada KIR tersebut masing-masing merakam penghargaan dan terima kasih kepada Jonathan kerana inisiatifnya untuk mengagihkan sumbangan sayuran tersebut kepada para penerima terutama yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Kami juga berterima kasih kepada Persatuan Pengusaha Sayur Kundasang kerana memberi kerjasama dalam menyediakan sayuran segar tersebut untuk para penerima”,jelas Ketua Penyelaras KK.Thomas Tamburud yang mewakili KIR Kg.Kopuakan.
Seorang lagi JPKK yang mewakili KIR, dari Kg.Mokodou, Bidy Simporokot memaklumkan Jonathan bukan sahaja mengulurkan sumbangan berupa sayuran malah, sebelum ini telah menghulurkan bantuan berupa Barang Makanan (BarMa) kepada ribuan penduduk kawasan Parlimem Ranau sejak tahun 2020.
Wakil-wakil KIR yang lain ialah, Rajo Sainun (Kg.Tanid), Ramin Lintukan (Kg.Mampakot), Ginsos Samingko (Kg.Tinidoi), KK Samudin Rasidi (Kg.Linapasan), Jairis Awis (Kg.Sumbilingon) dan Magaloi Daraman (Kg.Malinsau).
Hadir sama pada majlis itu ialah, Hussen Jirat,(Setiausaha Sulit Kanan Jonathan), Pegawai Pembangunan Parlimen Ranau, Luis Sinti, KAN Jaidi Sayap serta staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.