30 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

50,000 keping penutup mulut dan hidung akan diagihkan kepada penduduk DUN Kemabong

Foto- Jamawi (kiri) menerima kotak kotak yang berisi penutup muka dan hidung di pejabat Pusat Khidmat Adun Kemabong .

TENOM: Sebanyak 50,000 keping penutup mulut dan hidung (FaceMask) akan diagih-agihkan secara percuma kepada penduduk di kawasan Kemabong.

Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata penutup mulut dan hidung  tersebut merupakan sumbangan dari kerajaan negeri dan  akan diselaraskan oleh pengerusi Majlis Pengurusan  Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan masing-masing.

” Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Sahfie Apdal yang prihatin tentang aspek keselamatan dan kesihatan rakyat terutamanya semasa berhadapan dengan wabak Covid-19 dengan pemberian penutup muka secara percuma ini” katanya ketika ditemui selepas menerima penghantaran bantuan tersebut di Pusat Khidmat Adun Kemabong di sini kemarin.

BAKAL DI AGIHKAN…Jamawi bersama kakitangan Pusat Khidmat DUN Kemabong menunjukkan isyarat bagus atas penerimaan sumbangan tersebut

Menurut Jamawi penduduk kampung tidak perlu keluar rumah untuk mendapat penutup muka tersebut dimana ianya akan diselaraskan dan di sampaikan oleh pengerusi MPKK mengikut kampung masing -masing .

Dalam pada itu sekali lagi beliau mengingatkan penduduk khususnya di Kemabong agar mengutamakan aspek kebersihan membasuh tangan dengan air atau sabun ,memakai penutup mulut dan hidung terutamanya jika berada di tempat tumpuan ramai serta menjaga  penjarakan .

” Walau di kawasan Kemabong kita masih bebas dari wabak ini langkah berhati hati perlu kita utamakan dan saya berharap ketika ini kita hadkan atau tangguhkan dulu program-program yang melibatkan orang ramai seperti majlis kahwin,kenduri kendara dan sebagainya sebagai usaha kita memutuskan dan menangani wabak virus Covid -19″ katanya . Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN