25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Jun 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

500 unit PPR Bernilai RM112 juta dijangka siap akhir tahun ini

Dr Zaliha (empat) dari Kanan) ketika meninjau Projek PPR Jalan Batu Arang Tanjung Aru, pada Sabtu.

LABUAN: Pembinaan 500 unit Projek Perumahan Rakyat yang terletak di Jalan Batu Arang Kampung Tanjung Aru dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, projek PPR dua Blok 13 tingkat bernilai RM112 juta itu turut dilengkapi dewan komuniti, surau, tadika, rumah kedai dan permainan kanak kanak.

“Setiap unit mempunyai tiga bilik berkeluasan 700.19 kaki persegi itu dapat memberi keselesaan kepada penduduk yang memerlukan kediaman”,katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Sabtu.

Beliau turut menekankan komitmen pemaju dalam mematuhi piawaian garis masa tertentu sekaligus mengariskan kepentingan tarikh penyerahan projek itu.

Pada masa yang sama beliau mengarahkan Perbadanan Labuan (PL) untuk menjalin kerjasama dengan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memastikan PPR itu memberi manfaat kepada penduduk.

“Ini termasuk memastikan penyerahan dapat dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan “, katanya.

Menyentuh mengenai projek pembinaan Sekolah Menengah Agama Labuan di Sungai Bedaun, Zaliha berkata projek yang sedang dalam pembinaan itu dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2027.

Projek yang menelan belanja RM65 juta yang dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bakal memberi manfaat kepada 600 pelajar aliran agama khususnya kepada anak asnaf di pulau ini.

“Apabila beroperasi sekolah itu bukan sahaja terbuka kepada anak anak asnaf tempatan tetapi juga asnaf dari Sabah dan Sarawak”,katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN