26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

500 penghantar makanan terima Kit Penjagaan Kendiri Norma Baharu


LABUAN: Seramai 500 penghantar makanan (Food Riders) yang berdaftar menerima Kit Penjagaan Kendiri Norma Baharu melalui Program Khidmat Komuniti Rakan Muda.


Program anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) itu telah diadakan di perkarangan Lapangan Terbang Labuan, pagi kelmarin.


Turut terlibat menjayakan program tersebut ialah Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Penerangan Labuan serta Malaysia Airport Labuan.


Menurut Pengarah MKN Wilayah Persekutuan Labuan, Nurzalizah Kartika Abdullah, program tersebut sebagai inisiatif untuk menggalakkan pembudayaan Norma Baharu dalam kalangan komuniti bersasar khususnya kepada penghantar makanan (Food Riders).


“Program yang turut melibatkan Rakan Muda itu merupakan inisiatif di bawah Kempen Pembudayaan Norma Baharu COVID 19 dimana setiap penghantar makanan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan seperti pemakaian separuh pelitup muka, mengunakan sanitizer dan juga sarung tangan untuk mengelakkan mendapat risiko dan memberi risiko jangkitan ketika menjalankan perkhidmatan” katanya ketika ditemui media pada majlis itu.


Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mahanum Fauzi, Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad, Pengurus Malaysia Airports Labuan, Amat Madin dan Pegawai Jabatan Penerangan Labuan, Mohd Khairul Azad Datuk Yunus.

SERAH…. Kartika menyerahkan Kit Penjagaan Kendiri Norma Baharu kepada Penghantar Makanan (Food Riders) sambil diperhatikan Azad (kanan sekali), Mahanum (tiga kanan) dan Supt. Muhamad Farid (empat dari kanan)

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN