Md.AZMI menyerahkan cek Projek Asnafpreneur 2.0 kepada Datuk Abdul Hakim
LABUAN: Seramai 50 usahawan asnaf berpotensi di pulau ini menerima suntikan dana sebanyak RM5,000 seorang membabitkan sumbangan keseluruhan bernilai RM250,000.
Kesemua mereka menerima sumbangan itu menerusi Pelancaran Projek Asnafpreneur Bank Rakyat 2.0 anjuran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam (PPZ-MAIWP) bersama Bank Rakyat dan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang dilancarkan pada Khamis di sini.
Ketua Wilayah Sabah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Md Azmi Mohd Taib berkata, penganjuran projek ini adalah lanjutan daripada inisiatif tiga intitusi berkenaan dalam membantu usahawan asnaf berpotensi di pulau ini bagi memantapkan kemahiran keusahawan dan mengembangkan lagi perniagaan sedia ada mereka.
DATUK Haji Abdul Hakim menyerahkan dokumen kerjasama antara PPZ-MAIWP dan UMSKAL kepada Geoffrey.
“Selain itu Projek ini mencerminkan komitmen berterusan Bank Rakyat membantu masyarakat yang progresif melalui inisiatif pembangunan pemerkasaan usahawan serta meningkatkan status komuniti asnaf demi kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi masyarakat Madani” katanya.
Jelas beliau, usahawan ini juga akan dibimbing menerusi sistem coaching dan monitoring oleh UMSKAL secara berskala dalam tempoh enam bulan bagi mengukuhkan kebolehan berniaga peserta.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Halim Amir Osman, Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid, Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa (FKAL), Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal dan Timbalan Pengurus MAIWP Labuan, Mohd Radzaleih Matusin.