BAKUL MAKANAN…. Suhaili (tiga dari kiri) menyampaikan kuih raya kepada salah seorang penerima sambildiperhatikan Siti Ayu (tengah) dan Hiffani (Kanan sekali)
LABUAN: Seramai 50 komuniti tionghua yang terdiri daripada warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan miskin menerima bakul makanan dan kuih raya sumbangan PETRONAS Bhd, sempena Program ‘Memacu Kehidupan” bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Program yang dilaksanakan menerusi Yayasan PETRONAS itu telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman.
Hadir sama, Ketua Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Rodin Suri Arif dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals Methanol Sdn. Bhd, Hiffani Mohd Jamil.
Terdahulu, Siti Ayu ketika berucap berkata, program yang juga merupakan salah satu taggungjawab sosial korporat syarikat dilaksanakan pada setiap tahun ketika menjelangnya hari perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Gawai, Deepavali dan Krismas.
“Secara keseluruhannya sebanyak 2,150 bakul makanan diagihkan di seluruh negara termasuk 100 di Sabah dan 50 penerima di Labuan” katanya.