23.8 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

50 keluarga terima beras sumbangan PAS kawasan Labuan

SIMBOLIK….Haji Hamir (tengah) bersama barisan kepimpinan dan Ketua-Ketua PAS Cawangan pada majlis penyerahan dan agihan Sekampit Beras Pengukir Senyuman.

LABUAN : Kira-kira 50 keluarga  kurang berkemampuan yang terdiri daripada penduduk tempatan sekitar pulau ini menerima sekampit beras menerusi Program Bantuan Sekampit Beras Pengukir Senyuman  sumbangan  PAS Kawasan Labuan.

Program yang diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Labuan pada Ahad itu telah diserahkan  kepada Ketua-Ketua PAS Cawangan  untuk diagihkan semula kepada golongan berkenaan di kawasan masing masing.

Majlis  penyerahan dan agihan  telah disempurnakan oleh  Yang diPertua PAS Kawasan Labuan,  Haji Hamir Zahari.

SERAH…. Haji Hamir  (dua kanan) menyerahkan beras kepada Ketua PAS Cawangan Batu Manikar Haji Ismail Abdul Rahman

Menurut Haji Hamir yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, bantuan tersebut merupakan hasil daripada  sumbangan terkumpul kutipan ahli-ahli PAS untuk diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan

“Antara objektif program ini adalah untuk menyantuni keluarga  yang kurang berkemampuan termasuklah warga emas dan ibu tunggal.

“Dengan adanya bantuan sedemikian  dapat meringankan sedikit beban golongan berkenaan dan seterusnya bermanfaat kepada semua keluarga yang menerima” katanya.

Dalam perkembangan yang lain, PAS Kawasan Labuan juga  telah mengagihkan sebanyak 500 pek bubur lambuk kepada orang ramai  yang dijalankan serentak di tiga lokasi di Bazar Ramadan Medan Selera, Pasar Malam dan Bazar Ramadan Batu Arang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN