26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

49 JPKK dilantik bagi kawasan DUN Lumadan

49 JPKK dilantik bagi kawasan DUN Lumadan

BEAUFORT: Seramai 49 orang telah dilantik sebagai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dalam satu majlis penyerahan watikah pelantikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan dalam ucapannya berkata, semua lantikan JPKK ini adalah salah satunya bertujuan untuk menjadi badan penyelaras dan penggerak pembangunan di peringkat kampung, juga sebagai penghubung di antara rakyat dan kerajaan.

Haji Ruslan juga berkata JPKK perlu mengenalpasti kekuatan kampung yang mengambil kira apakah peluang yang ada di kampung berkenaan untuk dimajukan sebagai usaha mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan orang kampung.

“Ini adalah penting di kalangan anak muda, bagi mengurangkan berlakunya penghijrahan beramai-ramai ke bandar misalnya ke Semenanjung Malaysia”, jelas Haji. Ruslan.

“Anggota JPKK juga perlu melihat aspek perpaduan yang perlu diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat.

Haji Ruslan dengan tegas mengingatkan bahawa mana-mana anggota JPKK yang tidak memberikan kerjasama, menyalahgunakan kuasa, muflis atau mempunyai rekod jenayah, anggota tersebut boleh diambil tindakan disiplin dan boleh ditamatkan perkhidmatannya atas perakuan ADUN dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

“JPKK juga perlu ada usaha mencegah aktiviti-aktiviti sosial yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah di kawasan kampung masing-masing”, kata Haji Ruslan.

Turut hadir dalam penyerahan watikah pelantikan ialah Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Negeri Sabah Datuk Matbali Musah, Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM) N34 Lumadan, Diuslin Agustine, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort, Mohd Ainol DSP Haji Mohd Dun, Penolong Penguasa Polis (ASP) Sabarudin, Jurutera Daerah Jabatan Perparitan dan Saliran Beaufort, Pg. Ismail Pg. Othman, Penolong Pegawai Daerah Beaufort, Matadin Ag Besar, kakitangan UPPM N34 Lumadan dan Wakil Ketua Anak Negeri, WKAN.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN