AJK Masjid dan Surau Jumaat yang baharu dilantik bergambar kenangan bersama Haji Hanifudin (duduk tengah)
LABUAN: Seramai 476 orang Ahli Jawatankuasa Masjid termasuk Surau Jumaat Wilayah Persekutuan Labuan menerima watikah pelantikan Jawatankuasa Masjid bagi sesi 2026-2029.
Majlis penyampai watikah berkenaan di sampaikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Haji Hanifudin Roslan yang diadakan di Deda Tunas Hijau, pada Rabu.
Pelantikan sesi 2026-2029 itu melibatkan 18 buah masjid dan 26 buah surau Jumaat.

Pengerusi Surau Jumaat Khalid Al Walid Batu Manikar, Haji Ismail Samad menerima watikah dsri Haji Hanifudin.
Daripada jumlah itu seramai 103 orang merupakan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang hadir pada majlis itu.
Untuk rekod, setiap Jawatankuasa yang dipilih terlebih dahulu nmenjalani proses tapisan keutuhan yang komprehensif dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada majlis itu turut diadalan Sesi Ta’aruf Jawatankuasa Masjid dan Surau Jumaat yang disampaikan oleh Haji Hanifudin Roslan.



