Yami (kanan) menyampaikan Bantuan BarMa kepada Asidin mewakili penduduk Kg. Merungin 2 Ranau.
RANAU: Seramai 5,327 Ketua Isi Rumah (KIR) dari 70 buah kampung kawasan Parlimen di sini, menerima bantuan berupa Barang makanan (BarMa) sumbangan Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri KDN, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.
Sumbangan tersebut adalah kepada mereka yang terkesan daripada Covid-19 yang kini menular seluruh dunia termasuk Malaysia.

Jonathan ketika dihubungi memberitahu, mereka yang dikenalpasti terkesan berikutan pandemik Covid-19 adalah terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit terlantar.
“Kita mengharapkan sumbangan BarMa itu, dapat meringankan beban yang dihadapi anggota keluarga mereka yang terjejas berikutan pandemik tersebut.
Beliau memaklumkan sumbangan BarMa itu akan dilsalurkan dari masa ke semasa kepada mereka yang dikenalpasti benar-benar terkesan.
“Saya mengharapkan kepada rakyat di kawasan Ranau dan Kundasang supaya mematuhi Standard Operasi Prosidure (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19”, jelas Jonathan.
Beliau juga turut mengharapkan agar rakyat dapat bersabar sehingga Vaksin memusnahkan penularan wabak Covid-19 yang dijangka berakhir tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), 6 Disember 2020.
“Apa yang patut adalah tindakan semua lapisan masyarakat tanpa mengira suku kaum, agama dan fahaman politik untuk mematuhi SOP yang ditetapkan termasuklah Penjarakan Sosial (1Meter) antara individu, memakai Pelitup Separuh Muka (Facemak), kerap membasuh tangan dengan sabun (Sanitizer) dan tidak mengunjungi kawasan sesak (ramai orang)”, tambah Jonathan.
- Sebahagian kakitangan Pusat Khidmat Rakyat Pejabat P.179 Parlimen Ranau, bersama para Sukarelawan yang mengenadlikan penghantaran BarMa.
- Mohd. Irwan@Ayart menerima BarMa bagi mewakili penduduk Kg. Kombiroi Timbua, disampaikan Aoziah PMP Ranau.
- Yami (kanan) menyampaikan Bantuan BarMa kepada Asidin mewakili penduduk Kg. Merungin 2 Ranau.
- Zita (kanan) menyerahkan senarai nama penerima kepada Lasimin mewakili Kg. Tebut Timbua.