43 model telefon bimbit pintar tidak lagi boleh mengakses Whatsapp mulai November

Home Luar Negara 43 model telefon bimbit pintar tidak lagi boleh mengakses Whatsapp mulai November
43 model telefon bimbit pintar tidak lagi boleh mengakses Whatsapp mulai November


LONDON: Jutaan pengguna tidak boleh lagi mengakses mesej, gambar dan video selepas aplikasi WhatsApp menghalang akses ke beberapa model telefon bijak model lama mulai 1 November.

Menurut laporan Mirror, dalam masa kurang dua bulan, model telefon pintar yang dimuat naik perisian Android 4.0.4 atau lebih awal dan telefon bimbit iPhone yang dimuat naik perisian iOS 9 atau lebih awal tidak boleh menggunakan WhatsApp.

Aplikasi itu kehilangan ramai pengguna sejak tahun lalu disebabkan oleh privasi terbaru perkhidmatan yang diperkenalkan.

WhatsApp menawarkan perkhidmatan penghantaran mesej yang selamat dan sulit namun mengumumkan perubahan yang sangat tidak popular terhadap kaedah mengendalikan data pengguna.

Perubahan itu menyaksikan data pengguna diserahkan kepada syarikat swasta bagi membantu pemasaran.

WhatsApp melakukan perubahan secara drastik berikutan tindak balas besar pesaing, Telegram yang sudah melepasi satu bilion jumlah muat turun.

Berikut merupakan model telefon pintar yang tidak boleh lagi mengakses WhatsApp:

▪︎Samsung Galaxy S3 Mini, Trend II, Trend Lite, Core, Ace 2
▪︎LG Optimus F7, F5, L3 II Dual, F7 II, F5 II
▪︎Sony Xperia
▪︎Huawei Ascend Mate and Ascend D2
▪︎Apple iPhone SE, 6S, and 6S Plus

By –Agensi