31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

43 KRT JAYAKAN PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK

Datuk Jonathan bersama rombongan ketika in mengedarkan Bubur Lambuk di Hospital Ranau.

RANAU:  Sebanyak 43 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daerah Ranau bergabung tenaga jayakan Program Gotong Royong Memasak lebih seribu bungkus  Bubur Lambuk.

Bubur lambuk tersebut kemudiannya diagihkan kepada para kakitagan Hospital Ranau, Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, APMM Ranau, IPD Ranau dan ke beberapa buah Rumah Anak Yatim kawasan Lohan.

Program itu bertambah meriah dengan kehadiran Ahli Parlimem Ranau, Datuk Jonathan yasin yang turut bersama menjayakan aktiviti tersebut.

Datuk Jonathan ketika ditemui menyifatkan aktiviti KRT itu suatu program murni yang harus dikekal-teruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan silaturrahim dikalangan masyarakat tanpa mengira anutan agama dan kaum.

“Kita mengharapkan menerusi program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sedia terjalin dikalangan  penduduk”, tambah Datuk Jonathan sambil mengucapkan selamat berpuasa Ramadan kepada seluruh masyarakat Islam.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN