Gambar- PENGARAH Jabatan Laut Labuanā¦. Alimuddin Amirudin
LABUAN: Seramai 416 individu yang terdiri daripada pelaut termasuk anakĀ kapal yang berlabuh di sekitar perairan Labuan diberikan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Terminal Feri Antarabangsa Labuan, hari ini (Isnin).
Pengarah Jabatan Laut Wilayah Persekutuan Labuan, Alimuddin Amirudin berkata pemberian vaksin kepada pelaut dan anak kapal yang berlabuh di perairan LabuanĀ adalah susulanĀ Sambutan Hari Pelaut yang disambut pada 25 Jun lalu dan iaĀ dilaksanakanĀ dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutan Labuan danĀ dan LDA Holding.
SEBAHAGIAN daripadaĀ pelaut termasuk anak kapal yang berlebuh diperairan Labuan sedia untuk menerima vaksin COVID 19.
āPemberian vaksin COVID 19 dos pertama yang dijalankan bermula hari ini akan berpanjangan dan hari ini kita telah mendaftarkan 100 pelaut-pelaut untuk diberi vaksin, manakala hari berikutnya kita menyasarkan sekurang-kirangnya 200 individu (pelaut) untuk menerima vaksinā katanya ketika ditemui di lokasi PPV Terminal Feri Antarabangsa Labuan, hari ini.
Katanya, pemberian vaksin COVID 19 kepada pelaut ini bertujuan membantu kerajaan dalam mencapai sasaran imuniti berkelompok seterusnya mengekakang penularan pendemik COVID 19 di pulau ini.