28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

413 usahawan Labuan terima bantuan Muasaadah Tijariyyah MAIWP

SIMBOLIK….Marzuk (tengah) bersama Bashir ( lapan dari kanan), Rozman  (terlindung enam dari kanan bersama wakil penerima  bantuan dan sumbangan pada Majlis Iftar  bersama asnaf di Desa Tunas Hijau, petang kelmarin.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Seramai 413  usahawan Wilayah Persekutuan Labuan  yang terkesan dengan pendemik COVID 19 menerima bantuan skim  Musaadah Tijariyyah yang baharu diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membabitkan peruntukan RMM1.23 juta.

Setiap mereka menerima RM3,000 demikian diberitahu oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk  Haji Marzuk Shaary ketika berucap pada Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf 1442H/2021M di Desa Tunas Hijau Kampung Sungai Miri, disini,  petang kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli,  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MAIWP, Mahadi Sukarno, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman dan Pengurus MAIWP Labuan, Md Fadzli Md Saad.

Marzuk berkata, Skim Bantuan Muasaadah Tijariyyah 2021 merupakan program Tranformasi Asnaf Jaya (PROTAJ) yang memperlihatkan kesungguhan MAIWP  membantu dan meningkatkan taraf hidup  asnaf di Wilayah Persekutuan khususnya di  Labuan.

“Semoga bantuan usahawan Muasaadah Tijariyyah ini dapat membantu usahawan asnaf untuk meningkatkan perniagaan mereka dan keluar dari pada kemiskinan sehingga menjadi pembayar zakat semula selepas ini” katanya.

Pada majlis itu, beliau  turut menyampaikan secara simbolik  bantuan mualaf (saudara baharu)  kepada 543 penerima membabitkan peuntukan RM271,500,00.

Setiap penerima akan menerima bantuan RM500.00 seorang yang akan diagihkan secara berperingkat dalam waktu terdekat.

Sebelum ini  katanya, MAIWP juga telah mengorak langkah awal dengan menyalurkan bantuan Ihya Ramadan kepada  16 masjid dan  16 surau Jumaat dan 29 buah surau biasa melalui kerjasama Jabatan Agama Islam (JAWI) membabitkan peruntukan berjumlah RM759,000.00.

“Bantuan  tersebut diberikan bagi membolehkan  Ahli Jawatankuasa masjid dan surau  merancang dan melaksanakan beberapa program untuk mengimarahkan Ramadan dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 50 asnaf  serta diraikan dalam majlis Iftar bersama tetamu khas yang hadir.

TAMAT

GAMBAR:

1.SIMBOLIK….Marzuk (tengah) bersama Bashir ( lapan dari kanan), Rozman  (terlindung enam dari kanan bersama wakil penerima  bantuan dan sumbangan pada Majlis Iftar  bersama asnaf di Desa Tunas Hijau, petang kelmarin.

2.BANTUAN….. Marzuk menyerahkan replika cek bernilai RM1.23 juta kepada wakil penerima bantuan Muasaadah Tijariyyah MAIWP 2021 sambil diperhatikan Bashir (kanan sekali) dan Mahadi.

3. IFTAR…Marzuk (tengah) bersama Bashir (kiri) dan Rozman (kanan) ketika berbuka puasa bersama asnaf.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN