28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

40 warga Durian Tunjong jayakan Program Kesihatan  dan Hari Keluarga

PENGERUSI PENGANJUR Program Kesihatan dan Hari Keluarga,  Abu Bakar (empat dari kiri) bersama Fadillah  (empat dari  kiri) dan Hadnan (tiga dari kiri)

LABUAN: Seramai 40 warga Kampung Durian Tunjong jayakan Program Kesihatan  dan Hari Keluarga Kampung Durian Tunjong.

Program anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 5 dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Durian Tunjong itu telah diadakan di pantai Pohon Batu, baru-baru ini.

Pengisian utama program yang bermula seawal jam 9 pagi itu ialah sesi caramah  berkaitan pemberian  suntikan dos penggalak (booster dose) ke tiga dan penerangan mengenai penjagaan  kendiri serta pengamalan norma baharu dalam  kehidupan bermasyarakat untuk pencegahan  COVID 19.

CERAMAH….Dr WanNur Hafizah ketika menyampaikan ceramah kesihatan

Dua penceramah yang diundang oleh pihak penganjur ialah Dr. Elinee Melson, Ketua Seksyen Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, dan Dr Wan Nur Hafizah Wan Abd. Hamid, Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan.

Sementara itu, program tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Haji Hamir Zahari.

Hadir sama pada program itu, Timbalan Pengerusi MPP Zon Labuan, Haji Hadnan Mohammad,  Pengerusi MPP Sub Zon Lima, Fadillah Eddy Abdul Khalid  dan Ketua Kampung Durian Tunjong Abu Bakar Yussof

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN